Home The Piracy Ecosystem Prevention What You Can Do Who Are The Victims

 

 

The global impact of illegal recordings in cinemas


Motion Picture Association - Intl
www.mpa-i.org

 

Singapore Philippines Hong Kong India taiwan Australia New Zealand China Malaysia Thailand


BANTERAS CETAK ROMPAK FILEM! KERJAYA ANDA TIDAK TERJAMIN!

Kakitangan pawagam merupakan barisan hadapan dalam memerangi kegiatan kecurian dalam industri perfileman. ANDA boleh mengubahnya.

Kegiatan cetak rompak meruntuhkan ekonomi di mana-mana filem dijual, ditayang atau disiarkan. Industri perfileman sedunia termasuk pengeluar-pengeluar asing dan tempatan, pengedar-pengedar, pawagam-pawagam, kedai-kedai video dan operator penayangan berbayar mengalami kerugian sebanyak $18.2 billion pada tahun 2005 akibat kegiatan cetak rompak.

Kegiatan mencuri filem memberi kesan yang amat besar ke atas pembuat filem, kakitangan pawagam dan pengguna dimana-mana sahaja dari Malaysia hingga ke India dan oleh yang demikian menghalang proses kreatif dan merompak ekonomi tempatan daripada memperolehan keuntungan dari kegiatan industri filem yang maju.

Lebih daripada 90% filem keluaran terbaru telah muncul secara haram di internet dan di pasaran diseluruh dunia adalah hasil daripada salinan haram yang dibuat di pawagam. Bermula dari satu salinan filem haram dibuat dengan menggunakan alat perakam video dan telefon bimbit, ianya akan disebarkan melalui internet dan seterusnya mencipta satu lambakan salinan haram.

Kegiatan cetak rompak filem bukanlah jenayah yang tidak mempunyai mangsa. Setiap pawagam dan pemilik kedai-kedai video serta kakitangan merupakan mangsa pertama apabila filem di cetak rompak.

Marilah kita semua bersama-sama membantu melindungi industri filem dan terus alami kemeriahan di pawagam!


Motion Picture Association – International

1 Magazine Road
#04-07 Central Mall
Singapore 059567
Tel. +65 6253-1033
Fax. +65 6255-1838
info-malaysia@mpa-i.org


 


                LAMAN UTAMA                EKOSISTEM CETAK ROMPAK                PENCEGAHAN                APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN                SIAPAKAH MANGSANYA