LAMAN UTAMA EKOSISTEM CETAK ROMPAK PENCEGAHAN APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN SIAPAKAH MANGSANYA

 

 
TRAILER RAKAMAN VIDEO


Motion Picture Association - Intl
www.mpa-i.org

 

Singapore Philippines Hong Kong India taiwan Australia New Zealand China Malaysia Thailand


HENTIKAN CETAK ROMPAK FILEM: APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN

Terdapat banyak cara yang anda boleh lindungi industri kita daripada cetak rompak:

SEBELUM FILEM-FILEM DITAYANGKAN

  • Letakkan papan-papan tanda di luar dan di dalam panggung
    Pamerkan papan-papan tanda dengan jelas di ruang box office dan di lobi yang menasihatkan penonton-penonton untuk tidak membawa perakam video, perakam audio atau sebarang peranti perakaman ke dalam panggung. Di mana notis berkenaan, memaklumkan penonton bahawa pihak pengurusan pawagam mempunyai hak untuk memeriksa beg dan jaket.
  • Hubungi polis tempatan terlebih dahulu sebelum penayangan untuk berbincang kemungkinan bantuan yang diperlukan
    Pengurusan haruslah sedar dan mengetahui undang-undang mengenai rakaman video secara haram dan berkomunikasi dengan polis tempatan untuk menentukan bagaimana tindakan mereka terhadap aduan kegiatan berkenaan.

SEMASA TAYANGAN

  • Lebih berwaspada pada hari pembukaan, tayangan pembukaan
    Lebih awal tempoh penayangan filem, lebih bernilai sesebuah filem kepada pencuri-pencuri filem. Pencuri rakaman menggemari pawagam yang mempunyai bilangan penonton yang kecil. Tayangan pertama dan terakhir adalah masa pilihan bagi merakamkan filem secara haram.
  • Awasi panggung wayang 5 minit sebelum penayangan
    Pencuri rakaman bersiap sedia pada masa ini, jadi perhatikan pergerakan pelik sebelum penayangan. Pencuri rakaman kadang kala menggunakan pengapit pada bahagian kepala tempat duduk mereka atau di sebelah mereka. Perhatikan dengan teliti individu yang meletakkan lengan mereka di atas tempat duduk yang kosong sebelah mereka.
  • Lihat kelakuan ganjil seperti memakai kot ketika cuaca panas, pakaian atau beg disusun secara pelik
    Sekiranya seseorang memakai kot panjang, sila perhatikan dengan lebih teliti. Lihat bentuk-bentuk aneh yang terbonjol di dalam poket. Minta kebenaran untuk melihat beg-beg yang mencurigakan.
  • Sila beri perhatian kepada pengaturan tempat duduk
    Pencuri rakaman sering cuba untuk menempatkan diri mereka di tengah pawagam atau cuba untuk melindungi diri mereka dengan meletakkan rakan-rakan duduk di kedua-dua belah tempat duduknya.
  • Perhatikan cahaya lampu yang menyala
    Perakam sering tidak dapat melindungi sepenuhnya lampu kecil yang menyala pada kamera. Sekiranya seseorang seolah-olah memegang telefon selular mereka sepanjang tempoh jam pertama filem tersebut atau sekiranya anda perasan cahaya hijau atau merah yang kecil menyala dalam kegelapan pawagam, maka perhatikan dengan lebih dekat.
  • Sila beri perhatian kepada penggunaan peranti rakaman
    Perhatikan penggunaan pemain MP3, telefon mudah alih dan lain-lain Peranti Bantuan Pendengaran.
  • Berhati-hati dengan "rakan" kakitangan
    Perhatikan mereka yang bukan kakitangan keluar masuk bilik projektor atau mereka yang tiba pada masa janggal yang mengaku sebagai ‘rakan kakitangan’.

 


                LAMAN UTAMA                EKOSISTEM CETAK ROMPAK                PENCEGAHAN                APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN                SIAPAKAH MANGSANYA